Home » Lompat Si Katak Lompat by Abdul Aziz Ishak
Lompat Si Katak Lompat Abdul Aziz Ishak

Lompat Si Katak Lompat

Abdul Aziz Ishak

Published
ISBN :
Paperback
76 pages
Enter the sum

 About the Book 

Kalau dalam buku terdahulunya yang diberi judul Katak Keluar dari Bawah Tempurung, Abdul Aziz Ishak telah membentangkan pengalaman dan pandangan-pandangan politik dan sosial dengan terus-terang dan berani. Dalam buku Lompat Si Katak Lompat ini jugaMoreKalau dalam buku terdahulunya yang diberi judul Katak Keluar dari Bawah Tempurung, Abdul Aziz Ishak telah membentangkan pengalaman dan pandangan-pandangan politik dan sosial dengan terus-terang dan berani. Dalam buku Lompat Si Katak Lompat ini juga beliau mengambil sikap demikian, iaitu dengan membawa para pembaca menjelajah ke luar negeri dalam suasana dan perasaan merdeka, bebas dari apa saja rupa kongkongan.Buku ini merupakan sebuah catatan perjalanan selama sebulan yang dilakukan oleh Abdul Aziz Ishak semasa beliau menjadi Menteri Pertanian di zaman tunku Abdul Rahman menjadi Perdana Menteri. Waktu itu tanah Melayu baru saja mencapai kemerdekaan dari British. Segala sesuatu yang dicatatkan di dalam buku ini adalah seberkas pengalaman ketika berada di Eropah yang kemudian sangat bermanfaat sebagai membuka mata seorang pemimpin sebuah negara yang baru merdeka. Buku ini diberikan tajuk demikian mengingatkan kepada pengertian bahawa putera bangsa Melayu itu berkesempatan ke luar menjelajah ke negara-negara yang maju di Eropah, dapat membuka mata dan fikiran serta memberi idea-idea baru.Buku ini diolah dalam satu gaya yang bersahaja, bahasa yang mudah, tepat dan sesuai untuk bacaan umum. Catatan-catatan yang realistik itu akan dapat dimanfaatkan oleh generasi baru yang tidak berpeluang melihat kemajuan dunia dua puluh lima tahun yang lampau. Kepada pembaca umum, membaca buku ini dapat memperkaya diri dengan mengongsi pengalaman orang lain.